Selama 48 jam online bersama groupers component of CMC di Facebook, suasana agak meriah dengan soal-jawab yang mana dalam kes ini, termasuklah gurau senda tentang permasalahan yang wujud.
Walaupun begitu, semua yang menyertai perbincangan ini mengambil hal ini sebagai serius iaitu berkaitan hal-ehwal keselamatan diri, tempat kerja, alatan kerja, pemutus litar, perbezaan antara suisbod dan suisgear dan banyak lagi.
Selama 48 jam bersama warga groupers ini, terasa disana terwujud suatu budaya berforum yang positif dan yang mana selalu ditekankan di CMC @ MAC berkaitan "Komunikasi pecahkan kejahilan". Ya, semuanya berkomunikasi, tiada pertelingkahan, segala permasalahan ditulis secara jujur. Bagus! Ini amat membanggakan, dan budaya ini iaitu, "Ajar, Belajar dan Kongsi" yang kita mahukan di dalam komuniti CMC ini dan bukan budaya hipokrit, bodoh sombong, double standard dan pelbagai lagi sikap negatif yang perlu ditolak oleh individu yang ingin bergabung di CMC.
Walaubagaimanapun, CMC @ MAC tidak menghalang mana-mana individu untuk berkomunikasi atau berbincang samada di Facebook mahupun di MAC Forum ini. Ini kerana, dimana anda fikirkan anda mudah untuk lakukan, teruskan. Jangan sehingga MAC @ CMC menyukarkan komunikasi anda bersama teman yang lain.
Selain tujuan berkomunikasi, CMC @ MAC Forum dibina bertujuan meningkatkan satu lagi tahap warga Chargeman dengan adanya laman luar yang "rasmi" bagi komuniti CMC @ MAC sendiri dan tidak dilihat ianya sebagai sebuah media MAYA yang tidak tahu dimana tapaknya.
Harapan CMC, adalah membina rangkaian Chargeman yang luas dan kukuh termasuk pengetahuan, ikatan sillaturrahim antara individu, kerjasama, bersatu padu yang dipusatkan pada satu makalah yang mungkin sahaja bukan CMC sahaja pada masa akan datang. Namun, beginilah mediumnya. Mempunyai suatu konsisten yang digarap dari setiap individu menjadi satu.
Teruskan aktif bersama CMC dan komponennya, ajar, belajar dan berkongsilah bersama. Jika anda memberi 1 ilmu, akan datang kepada anda lagi 1 ilmu dan begitulah seterusnya. Memberi dan mencari demi kemajuan bersama! Terima kasih kerana terus mendokong CMC sehingga ke hari ini.
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
wah.. rajin betoll.. kat sini pun ada... and antara warga groupers yang rajin tu adalah Mr. Akmal, Zam Liza, dan beberapa lagi yang kalau xsebutkan disini tolong bagitau, (sebab nickname berbeza di facebook dan di MAC). Bagus, rajin mengira dan menghantarkan pandangan. Keep it up!
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.