Renjatan Elektrik berlaku apabila bersentuhannya mana-mana bahagian badan manusia dengan apa-apa sumber elektrik yang menyebabkan ianya cukup untuk menembusi kulit, otot ataupun rambut. Secara tipikalnya, riak atau gaya seseorang dapat menunjukkan bahawa ia terkena renjatan elektrik. Arus elektrik yang sangat kecil sudah boleh mencipta keadaan itu. Manakala arus yang besar pula akan menyebabkan keadaan amat mustahil dilepaskan oleh mangsa renjatan tersebut disebabkan arus elektrik akan terus-menerus bergerak menerusi badan yang mana juga menyebabkan kekejangan otot, pemberhentian denyutan jantung serta merosakkan tisu-tisu badan yang mana akhirnya akan menyebabkan kemalangan maut.
Pendawaian atau kerja-kerja kimpalan yang melibatkan voltan hidup (LIVE) boleh menyebabkan risiko renjatan elektrik.
---------MAGNITUDE--------
Arus minimum yang mungkin dapat dirasai oleh seseorang bergantung kepada jenis arus (DC/AC) serta frekuensinya. Arus yang dapat dirasai oleh kita adalah 1mA (0.001A), arus AC pada frekuensi 60Hz. Kekejangan kuat pula apabila kita menyentuh arus berkekuatan 10mA (0.01A). Jantung akan berhenti pada kekuatan melebihi 30mA (0.03A) arus AC iaitu pada frekuensi 60Hz. Voltan pada 120V-230V iaitu voltan domestik sebenarnya sudah cukup untuk mencipta kekejangan otot yang kuat dimana mangsa tidak dapat melepaskan diri lagi dari sumber renjatan elektrik itu dan dalam masa yang sama arus tersebut akan merosakkan tisu-tisu badan, serta bagi jangka masa sedikit lama, berkemungkinan mangsa akan terbakar atau denyutan jantung akan berhenti seterusnya akan mengakibatkan kematian.
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.