ianya ada sebuah alat peranti pintar relay untuk overhead, alat nini akan menyimpan data seperti berapa arus atau voltage yang mengalir dalam. berapa kali talian itu telah tripped dll. ianya juga boleh disetkan untuk memutuskan bekalan apabila ada arus bocor ke bumi disepanjang talian tersebut. Contohnya apabila daun bulih tersentuh talian ini maka talian ini akan mati secara automatik. yang baiknya kita tak payah datang nak tutup balik litar yang telah terbuka akibat sentuhan manja daun buluh tadi ini kerana alat ini akan melakukannya bagi kita. tapi untuk fault yang kekal kitar perlu datang ke site untuk mengenalikannya. Terdapat system dimana Auto recloser ini disambung terus ke bilik kawalan dan anda boleh melihat data masalah yang terjadi
digunakan untuk mengatasi masalah transient.. dimana fault berlaku kerap tapi dalam jangkamasa yang pendek seperti sentuhan binatang (kera,monyet), sentuhan daun2 pokok,kilat, surge dll.. apabila berlaku transient fault (earth fault, phase fault, phase to earth, dll), alat ini akan trip bagi memutuskan bekalan secara automatik.. dalam beberapa ketika (masa boleh disetkan), ia akan sambung semula bekalan..jika fault masih berlaku, ia akan trip sekali lagi (bermakna fault blum clear), kemudian beberapa ketika, ia akan sambung bekalan semula, jika masih lagi berlaku fault (fault belum clear), ia akan trip lagi tapi kali ini ia xkan sambung bekalan semula..ini memberitahu bahawa fault bukanlah transient,jadi operator (tnb) kena dtg site dan check kat mana fault tu dan clear fault tersebut..kemudian normalise alat ini secara manual.. Selalunya TNB akan setkan alat ini untuk trip(buka tutup) sehingga 2 kali je..kalo kali ketiga trip ia akan off terus..tp ia juga boleh diset beberapa kali bergantung kepada pihak bekalan..
pada talian penghantaran voltan tinggi 132,275,500kv TNB perlindungan ini wajib ade pada talian overhead line sahaja..tujuan adenye perlindungan ini adalah untuk menyesan fault yg sementara seperti kilat..yg menyesan fault bukannye relay Autoreclose tetapi relay protection lain seperti line differential relay,distance relay dan derectional overcurrent relay bergantung pada Main unit protection yg mane digunakan..relay2 tadi akan megesan fault yg sementara kemudian akan memberi isyarat pada Autoreclose relay utuk bertindak menutup kembali breaker sekiranye faulty telah clear menyikut masa yg ditetapkan..
Autoreclose relay bertindak dengan masa iaitu operating time,dead time,closing time,reclaim time..
pada talian 132kv hanye 3phase fault(DTPAR) Delay three pole autoreclose
pada talian 275,500kv single phase and 3phase fault(FSPAR) Fast Single pole autoreclose
Bila berlaku fault yg bekekalan relay autoreclose akan blok untuk beroperasi..autoreclose relay akan bertindak hanya faulty yg sementara..
yup ia bukanlah relay yer..jgn salah faham.. Ia adalah dalam kategori isolator/breaker.. Sy juga ada melihat alat ini dipasang pada talian atas 415v.. Ia dipasang dekat dengan pole transformer 11kV..& saya pernah pasang satu alat (bersama team TNB) di Pencawang Atas Tiang 11kV Kg.Biong, Sauk Perak.
Maaf sebab lama tak masuk laman MAC, agak busy dgn kerja2 d plant. Alat yang bernama isolator tu tak akan on/off sendiri kalau tak ada relay. Alat ini ada pengesan arus bocor ka bumi, kadar arus mengalir dan ada yang dilengkapi dengan beberapa fungsi lain. Sebab alat ini mempunyai sensor untuk melakukan tugasannya maka ia sepatutnya dipanggil relay. kalau ianya sekadar fuse seperti ABFI ianya akan memutuskan litar bila ada beban melebihi kapasiti yang dihadkan, maka ABFI masih bukan relay tetapi sebuah breaker