alat jimat elektrik atau energy saver ni dh lama brada d pasaran. alat ni,mmg betul jimat atau skdr brg jualan saja.kdg2 salesman bgth customer alat ni bleh save bil smpai 50%,lps beli n guna bbrapa bln x ada jimat lgsung.byk customer dh trkena.
klau ikutkn dia punya teknologi,dlm alat tu ada kapasitor y brfungsi utk mnstabilkn arus n dr segi teori mmg bleh save.y pling musykil siap ada salinan sijil klulusan dr ST lg.org ST bg komen ckit.
ST tidak pernah pun mengeluarkan apa2 pengiktirafan @ sijil terhadap peralatan energy saver ni.. Untuk makluman, barang2 elektrik di bawah kawalan ST bolehlah dirujuk ke laman web ST dibawah subtopik (control electrical items).. Barang2 kawalan sperti (tv, mesin basuh, seterika dll) ni telah diuji oleh SIRIM dan kita sebagai pengguna boleh tahu melalui sticker (pelekat) yang ada tanda SIRIM-ST.. kalo xde sticker tu maknanya barang2 elektrik ini tidak diuji SIRIM dan mungkin akan mendatangkan bahaya kepada pengguna wpun ia dijual murah.. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pihak ST sendiri..
Maka disini diberitahu bahawa alat energy saver ni tidak ada kena mengena langsung dengan ST, dan AMARAN kepada mereka2 ni yang menggunakan nama ST untuk menarik pelanggan adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan oleh Kem. Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) kerana penjualan yang mengelirukan.. Saya pernah melihat, mereka ini juga menggunakan nama TNB dengan tertulis, "di iktiraf oleh TNB".. Macam2 strategi mereka gunakan untuk menarik pelanggan.. (biasa la org meniaga, tetapi jika meniaga dengan cara tidak jujur,x perlulah kita sokong & beli).. nanti kita juga ditipu..
Tambahan, alatan ini berfungsi dengan konsep kapasitor (seperti yang kita semua tahu). Kita juga perlu tahu bahawa, jika beban kita dalam keadaan inductive, memang alatan ini berkesan kerana apabila alat ini on, kapasitor akan membekalkan capsitive, jadi arus & voltan akan jadi stabil semula.. Tapi jika tiba2 kita terlupa nak off alat ini, dan beban kita pun tidak lagi jadi inductive (kita dah tutup beberapa lampu & kipas), maka alat ini akan menjadi beban pula..
Lagi satu, alatan ini hanya begitu sesuai kepada penggunaan beban yang besar (load inductive yang tinggi).. Kalau rumah pakai 3 phase tu, sesuai sangat la.. Tapi kalo setakat kat rumah tu pakai single phase (sekadar nak tgk tv, guna lampu, peti ais, kipas), rasanya x berbaloi alat ini digunakan..malah mungkin silap2,alat ini akan menjadi beban pula krn dia juga guna supply.. Maka jalan yang paling mudah bagi yang beban kecik tu, mencukupi shaja dengan mengamalkan sikap jimat tenaga.. tidak perlu keluar beratus2 ringgit..FREE of charge sahaja..
Kebanyakan beban inductive di rumah kita adalah disumbangkan oleh lampu yang menggunakan magnetic ballast (coil) seperti lampu kalimantang..kalo ada yang masih pakai bulb (lampu mentol) tu, lagi kuat penggunaan tenaganya.. Maka saya cadangkan, tukar kepada lampu jimat tenaga.. kalau ada yang nak pkai air cond tu guna yang versi jimat tenaga (inverter), peti ais & tv pun ada yang versi jimat tenaga.. tapi buat permulaan (xkan semua nak tukar kan), kita boleh bermula dengan tukar kepada lampu jimat tenaga dulu( jenis CFL).. itu pun dah boleh save banyak tenaga hampir 40 %..
Alat jimat kuasa ni hanyalah sebuah kapasitor yg memperbaiki faktor kuasa. Untuk pengguna domestik alat ini tidak akan membantu mengurangkan bill elektrik anda kerana harga elektrik yang dicas olah pembekal elektrik seperti TNB/SESB/SESCo adalah berdasarkan kilowatt-hour atau KWH. Untuk plant industri pengguna dilengakapi dengan dua jenis meter elektrik iaitu untuk mengukur KWH dan KVAR, KVAR yang berlebihan akan menyebabkan pengguna didenda oleh pembekal elektrik. beban yang inductive tinggi boleh menyebabkan faktor kuasa rendah.
Apakah kesan faktor kuasa rendah, kesannya tidak banyak kepada pengguna domestik tetapi dengan faktor kuasa yang rendah pembekal elektrik terpaksa menaggung kos yang tinggi kerana pengguna memerlukan arus yang lebih besar. pembekal perlu memasang kabel,switchgear, transformer dll.. yang lebih besar. Apa pula yang menyebabkan faktor kuasa rendah? beban-beban inductive seperti induction motor, lampu discas dll akan menyebabkan faktor kuasa rendah dan ini menyebabkan KVAR tinggi walaubagaimanapun pengguna domestik tidak dicas/denda jika faktor kuasa dipermis mereka rendah kerana tak dipasang meter KVAR ne...semoga info ini menjadi panduan kapada kita semua.
Lain kali kalau anda terjumpa dengan penjual2 alat jimat elektrik ne, sila tanya dia dimana dia belajar benda yang mengarut tu... kalau nak tolong TNB/SESB/SESCo jumat current bolehlah
Tp y hairannya mcm mana company tu bleh brtahan smpai skrg n masih ada org y beli alat ni mgkin skdar ign mncuba.klau x der org beli dh lama lingkup company tu.
baru2 ini sy ada jmpa seorg pnjual kedai runcit n memberitahu sy kdainya dikenakn penalti oleh tnb krana faktor kuasa rendah.pdhal premis domestik,mcm mana tu?
Selalunya bekalan yang 60A/SP dan kebawah tak dipasang KVAR meter, tidak pernah dalam sejarah TNB/SESB/SESCo memasang meter KVAR ka rumah kediaman. Barangkali si pekedai runcit tu menggunakan bekalan elektrik yang besar dan ada MSB sendiri dan arus yang digunakan tinggi dari 60A.
menjawap persoalan pertama - syarikat tu masih boleh bertahan sebab pengguna tak tahu bagaimana alat itu berfungsi dan bagaimana pengguna domestik dicas oleh pembekal elektrik tempatan. Ada seorang kawan aku yg kini mengajar kursus elektrik di sebuah kolej IXXX pun tang tahu bagaimana alat itu mempengaruhi bill elektrik..... saudara tolong jelaskanlah kepada pengguna yg tak tahu tu ok (kalau anda kenal ajelah ia..)