RCCB adalah sejenis pemutus litar otomatik yang akan terpelantik dan memutuskan bekalan apabila telah berlaku arus bocor ke bumi yang melebihi nilai arus kepekaannya.
Arus kepekaan RCCB yang standard ialah:
10mA
Alat permainan kanak-kanak atau tempat berkeadaan lembab
30mA
Soket alir keluar 13A, tunggal atau berkumpulan
100mA
DB satu fasa, lampu-lampu, kipas dsb.
300mA
DB tiga fasa
Terdapat RCCB jenis satu fasa dan tiga fasa. Kadaran arus yang boleh diperolehi adalah 40A, 60A dan 100A.
Untuk kadaran 60A terdapat jenis satu fasa dan juga tiga fasa, tetapi untuk 100A hanya jenis tiga fasa sahaja boleh diperolehi.
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
imbalance phase akan menyebabkan arus pada satu2 fasa (contoh red) akan meningkat mendadak.. Perlindungan yang ada adalah di peringkat TNB sendiri dengan fius yang ada di feeder pillar akan blow terlebih dahulu..
Untuk rcd 415v 60A 300mA. Ade tak mana2 regulation atau guidelines yg boleh saya rujuk berkenaan kepekaan ni? Dimana, sy telah rujuk akta bekalan elektrik 1994 dan guideline for electrical wiring in residential building keluaran Suruhanjaya tenaga edition 2008. Sy sertakan contoh gambar schematic wiring untuk rcd 300mA. Apakah contoh schematic yg sy bg ni mengikut piawaian suruhanjaya? Dan ada ke rujukan akta atau panduan untuk sy. Terima kasih!