Grid Nasional ialah jaringan talian penghantar elektrik yang menghubungkan janaan, penghantaran, pembahagian dan penggunaan elektrik di Malaysia. Jaringan talian ini dimiliki dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Lebih 420 stesen pencawang di Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV. Tenaga elektrik yang dijana olen penjana elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad dan pejana bebas dimuatkan ke jaringan ini untuk dihantar kepada pengguna di seluruh negara.
Grid nasional ini juga dihubangkan kepada grid elektrik Thailand yang dikendalikan oleh Lembaga Elektrik Thailand (EGAT) dan juga grid elektrik Singapura yang dikendalikan oleh Singapore Power.
Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006.
Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa logi hidro dan 82% berupa logi bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.
Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:
Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50 Hz.
HVAC 132 kV
HVAC 275 kV
HVAC 500 kV
Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.
Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.
Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.
Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500 kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275 kV.
Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100 MW, sistem 500 kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd).
Pada 1981 sambungan 132 kV HVAC dengan keupayaan 80 MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300 kV (HVDC) dengan keupayaan 300 MW.
Sambungan ke Singapura
Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230 kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.
Talian pembahagi
Talian pembahagi adalah pada voltan 33 kV, 22 kV, 11 kV, 6.6 kV dan 415/240 V.
Penggunaan elektrik
Senarai pengguna besar tenaga elektrik di Malaysia, yang mempunyai stesyen pencawang 132 kV:
One and half breaker adalah sistem sambungan unit perlindungan bagi peralatan2 primary untuk sistem penghantaran dalam menghubungkan semua rangkaian grid sistem..
Di mana setiap satu Feeder mempunyai 3 breaker unit perlindungan di antara setiapnya breaker busbar SOUTH n breaker busbar NORTH..kemudian breaker pada bahagian CENTER yg menghubungkan bekalan busbar south dan north..dan semua bekalan pada busbar berada dalam keadaan grid atau selari dengan feeder yg lain..
sistem ini bertujuan apabila berlaku Fault pada line penghantaraan pada salah satu feeder dan breaker akan trip tetati masih tidak berlaku ggaguan pada sistem grid.. ini disebabkan sambungan rangkaian lain berada dalam keadaan selari atau grid..setiap feeder mempunyai 2 line yg digunakan dari stesen yg menghubungkan ke stesen yg lain..unit perlindungan secondry pun sngat penting antaranya line diff,distance,breaker fail,low impedence busbar,high impedance busbar,stup proctection,Auto reclose,undervoltage,sync check,line themeoverload..
Setiap stesen grid tersebut di pantau 24 hours oleh pegawai2 stesen yg bertugas..serta kawalan secara superviosry oleh NLDC TNB national load dispetch center..( bangsar )
unit perlindungan terlalu banyak utk dibincangkan di sini dalam scheme perlindungan..utk lebih detail.cari buku protection and switchgear..insyallah di situ bnyk dijelaskan mengenai electrical power..
RMU ni lain bro..RMU (switchgear) berfungsi sebagai optional bagi mendapatkan bekalan dari arah lain.. sebab tu nama dia ring (macam cincin), off belah sini, bole tarik supply dari arah lain..Dalam erti kata lain, bekalan x kan putus (ada 2 sumber bekalan).. Island ni plak sistem protection untuk isolate fault supaya x merebak ke kawasan lain.. Selalunya guna relay jenis dirrectional (yang boleh detect sebelum n selepas)..dia lagi smart lagi distance relay..(distance leh detect satu arah je)..leh rujuk bab protection untuk tahu lebih lanjut..bab protection ni meluas, technology dia pantas berkembang..saya pun dah lama x update pasal protection ni..hehe