MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Lentingan jisim korona

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Lentingan jisim korona
Permalink  
 

Lentingan jisim korona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lentingan jisim korona yang dirakam dalam gambar selang masa. Matahari (tengah) dihalang oleh bidai koronagraf. (30 September 30 – 1 Oktober 2001)

Lentingan jisim korona (Inggeris: coronal mass ejection) ialah ledakan gergasi angin suria, plasma isotop cahaya lain, dan medan magnet yang timbul di atas korona suria atau dilepaskan ke dalam angkasa.[1]

Lentingan jisim korona sering dikaitkan dengan berbagai-bagai jenis aktiviti suria yang lain, khususnya suar suria, tetapi tidak pasti sama ada memang ada hubungan yang kukuh. Kebanyakan lentingan berasal dari kawasan-kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kelompok tompok matahari yang dikaitkan dengan suar yang kerap. Lentingan jisim korona berlaku semasa aktiviti matahari mencapai maksimum suria, dan juga minimum suria walaupun tidak sehebat maksimum.

Isi kandungan

[]

[] Huraian

Lengkok timbul di atas kawasan aktif di permukaan Matahari.

Lentingan jisim korona melepaskan jirim, medan magnet dan sinaran elektromagnet yang amat banyak ke dalam angkasa di atas permukaan matahari, sama ada dekat dengan korona mahupun jauh ke dalam atau ke luar sistem cakerawala. Bahan yang dilenting adalah plasma yang terdiri terutamanya daripada elektron dan proton, tetapi mungkin juga mengandungi sejumlah kecil unusr berat seperti helium, oksigen, bahkan besi. Ia dikaitkan dengan perubahan dan gangguan yang hebat dalam medan magnet korona.

Lentingan jisim korona biasanya diperhatikan dengan koronagraf cahaya putih.

[sunting] Punca

Kajian sains terkini menunjukkan bahawa fenomena penyambungan semula magnet adalah penyebab lentingan jisim korona dan suar suria. Penyambungan semula magnet adalah istilah yang diberikan kepada penyusunan semula garis-garis daya magnet apabila dua medan magnet yang berarah bertentangan dipertemukan. Penyusunan semula ini diiringi pelepasan mendadak tenaga yang tersimpan dalam medan-medan yang dahulunya berarah bertentangan itu.

Di Matahari, penyambungan semula magnet boleh berlaku di arked suria, iaitu serantaian gelung garis daya magnet yang diikat rapat. Garis-garis daya ini pantas bersambung semua dengan arked gelung yang rendah, manakala seheliks medan magnet terbiar tanpa sambungan dengan arked yang selebihnya. Pelepasan mendadak tenaga dalam penyambungan semula ini menyebabkan suar suria. Medan heliks magnet yang tak tersambung itu dan bahan yang dikandunginya boleh mengembang keluar dengan kuat sehingga membentuk lentingan jisim korona.[2]

Ini juga menjelaskan sebab suar suria biasanya meletus dari apa yang dikenali sebagai kawasan aktif di Matahari di mana medan-medan magnetiknya lebih kuat dari biasa.

[] Kesan kepada Bumi

Apabila lentingan dihalakan ke arah Bumi, gelombang kejutan dari perjalanan jisim zarah bertenaga suria menyebabkan ribut geomagnet yang boleh mengganggu magnetosfera Bumi dengan memadatkannya di seebelah siang sambil memanjangkan ekor magnet di sebelah malam. Apabila magnetosfera bersambung semula di sebelah malam, ia mengeluarkan kuasa berbilang terawatt yang dihalakan kembali ke atmosfera atas Bumi.

Proses ini boleh menyebabkan aurora yang hebat di kawasan-kawasan sekitar kutub magnet Bumi, iaitu Cahaya Utara (aurora borealis) di hemisfera utara, dan Cahaya Selatan (aurora australis) di hemisfera selatan. Begitu dengan jenis-jenis suar suria yang lain, lentingan jisim korona boleh mengganggu pancaran radio serta merosakkan satelit dan kemudahan talian penghantaran elektrik, sehingga boleh mengakibatkan gangguan elektrik besar-besaran yang berpanjangan.[3]

Manusia di angkasa atau altitud tinggi seperti di kapal terbang, berdepan dengan risiko terdedah kepada radiasi yang berlebihan. Kesan jangka pendek mungkin menyebabkan kerengsaan kulit, tetapi kesan jangka panjang mungkin meningkatkan risiko barah kulit.[4]

[] Sejarah

[] Kesan terawal

Usikan geomagnet terbesar yang pernah dirakam, mungkin kesan lentingan jisim korona, berbetulan dengan suar suria pertama yang diperhatikan, iaitu pada 1 September 1859, kini dikenali sebagai ribut suria 1859. Suar ini diperhatikan oleh R. C. Carrington dan R. Hodgson secara berasingan. Ribut geomagnet ini diperhatikan dengan magnetograf perakam di Kew Gardens. Alat tersebut turut merakam suatu crotchet, iaitu usikan segera ionosfera Bumi dengan mengionkan sinar X lembut. Fenomena ini belum dapat mudah difahami ketika itu kerana berlaku sebelum penemuan sinar X oleh Röntgen serta pengenalan ionosfera oleh Kennelly and Heaviside.

[] Pengesanan jelas yang pertama

Pengesanan lentingan jisim korona jelas yang pertama ditemui pada 14 Disember 1971, oleh R. Tousey (1973) dari Makmal Penyelidikan Tentera Laut dengan menggunakan Balai Cerap Suria Mengorbit Ketujuh (OSO-7).[5] Imej penemuan ini (256 × 256 piksel) dikumpul pada sebatang tiub vidikon Pengaliran Elektron Sekunder (SEC), dipindahkan ke dalam komputer alatan setelah didigitalkan kepada 7 bit, kemudian dimampatkan dengan menggunakan skema pengekodan panjang jalan ringkas lalu dihantar ke bumi pada 200 bit sesaat. Imej penuh tanpa mampatan pula akan mengambil 44 minit untuk dihantar ke bumi. Telemetrinya dihantar kepada kelengkapan sokongan bumi yang membentuk imej itu pada cetakan Polaroid. David Roberts, seorang juruteknik elektronik yang bertugas dalam operasi seharian NRL dan bertanggungjawab menguji kamera vidikon SEC. Beliau menyangka kameranya rosak kerana imejnya ada bahagian yang lebih cerah daripada biasa. Akan tetapi, apabila beliau memerhatikan pada imej seterusnya tempat cerah itu beralih dari Matahari, dengan segeranya beliau menyedari keanehan itu lalu melaporkannya kepada orang atasan terdekatnya, Dr. Guenter Brueckner,[6] kemudian kepada ketua cawangan fizik suria, Dr. Tousey. Pemerhatian awal alihan korona ataupun fenomena yang diperhatikan ketika melihat gerhana matahari kini difahami sebagai perkara yang sama pada dasarnya.

[] Peristiwa terkini

Pada 1 Ogos 2010, ketika kitaran suria 24, para saintis di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian (CfA) memerhatikan empat lentingan jisim korona besar berturut-turut yang datang dari hemisfera Matahari yang memandang ke arah Bumi. Lentingan pertama dihasilkan oleh letusan pada 1 Ogos yang dikaitkan dengan tompok matahari 1092 yang cukup besar untuk dilihat tanpa menggunakan teleskop suria. Peristiwa ini menghasilkan aurora-aurora yang hebat pada 4 Ogos.



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
kuasa tuhan...

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
ex-ST wrote:

kuasa tuhan...


 

 Sungguh indah..



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
DI Amerika satu unit ditubuhkan bagi mengkaji perlakuan (aktiviti2) Matahari setiap 24 jam. 365 hari.. Paling ditakuti adalah bila akan berlakunya ribut solar..dimana Matahari akan memancarkan (burst) foton2 terus ke ruang angkasa termasuk bumi.. Ribut solar ini radiasi tinggi.. Kalo kena kat kulit kita, boleh menyebabkan terbakar @ kanser.. Kesan ribut solar ini juga boleh menghasilkan fenomena yg cantik yang dapat dilihat di kawasan kutub dipanggil aurora.. (langit berwarna unggu).. Sebenarnya ia adalah interaksi antara ribut radiasi dengan medan magnet bumi.. Maha agung tuhan jadikan bumi ini secara sempurna.. Jika bumi tidak berputar, dan isi perut bumi tiada Iron core, maka medan magnet bumi takkan terhasil (prinsip motor, aruhan magnet) ..kita semua ni kat bumi ni bole mati katak je kalo bumi takde medan magnet..

__________________
ZD
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
medan magnet bumi ini lah yang akan menangkis serangan radiasi2 termasuk radiasi dari ribut solar nie.. Atmosfera kita juga melindungi dari sinaran uv (ozon) dan meteor2 yang jatuh ke bumi di bakar dahulu di langit kerana tekanan atmosfera yang ada.. Bumi ni ibarat protection yang sempurna.. Mcm juga elektrik..takde protection, mati katak kita..

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 

Good..



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Rekrut
Status: Offline
Posts: 5
Date:
Permalink  
 
Nice info
T.Q

__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
ada yang kata lentingan korona ni ada kaitan dengan plasma discharge dan yang paling dekat dengan kerjaya Chargeman iaitu Flash Over. Ada sesiapa yang boleh lanjutkan lagi?

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard